Tuesday 16 July 2013

Perencah Laksa Sarawak

Rindukan Laksa Sarawak??? Kini anda boleh cuba masak sendiri dirumah tanpa perlu bersusah payah ke Sarawak..:) Sesuai dihidangkan pada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun sebagai hidangan makan malam..:) cara pembuatan yang mudah ringkas tetapi hasilnya sungguh bergaya..

Mari kita belajar cara-cara membuat laksa sarawak..:)

RESEPI LAKSA SARAWAK

Rujukan Resepi dan Gambar : JINTAN MANIS

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telor ayam
  • daun ketumbar
  • limau kasturi
 >> Sambal <<
* 2-3 sudu cili kering ditumbuk
* bawang merah dan putih ikut suka
* belacan sebesar 1/2 kotak mancis
* minyak masak untuk menumis 

Cara-cara
1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3. Masukan udang, rebus sebentar kemudian diangkat.
4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, didih dengan api perlahan selama 20 minit.
5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah laksa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.






_____________________________

anda boleh dapatkan perencah segera Laksa Sarawak disini..:
SUNGGUH MUDAHKAN??


1 paket RM6 [tidak termasuk harga post]
3 paket RM25 [termasuk post]

No comments:

Post a Comment

Borang Tempahan

Name:
Email Address:
Alamat Penghantaran:
No. Telefon:
Item 1:
Item 2:
Item 3:
Item 4:
Item 5:
Item 6:
Kepada pembeli Kek Lapis, sekiranya kek lapis yang anda mahukan tiada dalam stok, boleh diganti dengan kek lain yang sama harga? Boleh
Tak Nak [sila refund duit saya]
Kaedah Pembayaran: Maybank
RHB
Bank Islam
BSN
C.O.D
Nota [Lain-lain perkara]:

Click here to put a form like this on your site.